KOKURIKULUM

VISI KOKURIKULUM

SMK DANGI Menjadi Sekolah Berkualiti Di daerah Kuala Pilah Menjelang Tahun 2012.

MISI KOKURIKULUM

Kami warga SMK DANGI akan memastikan kecemerlangan kokurikulum dengan penglibatan aktif pelajar dan menjuarai pertandingan kokurikulum melalui pengurusan dan pentadbiran yang efisien dengan kerjasama komuniti setempat.

Monday 19 April 2010

Monday 28 September 2009

Bicara KK - 29/9/09

Seni Menyeimbangkan Makanan - Senaman

Selamat bertemu kembali dalam ruangan Bicara KK selepas bercuti selama 10 hari sempena Hari Raya Aidil Fitri. Ramai dalam kalangan kita yang ke hulu-hilir menghadiri rumah terbuka anjuran pelbagai pihak sama ada kerajaan ataupun individu. Tidak kurang juga yang tidak dapat mengelak daripada makan dan minum hanya kerana ' nanti dikata tidak sopan'. Sekali-sekala terlebih makan sedikit tidak menimbulkan masalah dengan syarat tidak dijadikan amalan harian. Kita juga harus mencari masa untuk terus bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari, dan kalau boleh bersama - sama dengan ahli keluarga.

Soalan : Memandangkan tenaga diperlukan untuk kita melibatkan diri dalam aktiviti senaman, maka bilakah masa yang sesuai untuk kita makan?

Jawapan : Sekurang-kurangnya 1 jam sebelum memulakan senaman. Saiz makanan pula tidak melebihi segenggam. Amaun ini sudah memadai untuk membekalkan tenaga yang cukup untuk kita bersenam. Sekiranya amaun yang kita makan itu lebih, maka akan menyebabkan kita sakit perut.

Jadi, kalau kita bercadang untuk memulakan senaman pada jam pukul 3 petang, maka kita haruslah berfikir tentang aspek makan pada jam pukul 2 petang.

Jumpa lagi dalam Bicara KK akan datang.

Monday 7 September 2009

Tahukah Anda?

8 September merupakan hari antarabangsa kesedaran penyakit Rabies. Pada hari yang sama juga penduduk seluruh dunia merayakannya sebagai Hari Fisioterapi Antarabangsa.

Jaga Kesihatan Anda!

Sunday 6 September 2009

Aktiviti KK minggu Ini (9/9/09 -Rabu)

Minggu Pembangunan Sains & Teknologi 2009 SMK Dangi

Sempena Minggu Pembangunan Sains & Teknologi 2009 SMK Dangi, beberapa aktiviti akan diadakan untuk murid-murid. Aktiviti-aktiviti ini adalah hasil kerjasama antara Bidang Sains dan Matematik, Persatuan Sains & Matematik, dan Unit Kokurikulum SMK Dangi. Antara aktiviti yang dijangka menarik minat dan perhatian ialah pertunjukan Magic In Science yang akan diadakan pada 9/9/09.
Jom kita ke pertunjukan Magic In Science!

Bicara KK

Tidak kira jenis senaman yang anda lakukan, sama ada larian, latihan gim, atau berbasikal, anda memerlukan makanan dan air yang cukup untuk meneruskan usaha anda dan membantu anda pulih daripadanya. Jadi bilakah masa yang sesuai untuk anda makan, sebelum dan selepas bersenam? Ketika bersenam adakah sesuai anda minum minuman anda secara perlahan-lahan atau meneguk begitu sahaja?
Jawapannya? Dalam Bicara KK akan datang.

Sunday 9 August 2009

BICARA KOKURIKULUM SMK DANGI – 10/8/2009

Kadar Keasidan, daya tahan tubuh dan Influenza A(H1N1)

Bekas Pensyarah Unversiti Malaya, Dr. Palaniappan memberitahu Bernama kajianya selama sepanjang 33 tahun mendapati bahawa kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A(H1N1).
Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu adalah perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid di dalam badan.Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.Sebagai contoh, beliau berkata mereka yang berasa demam dan mengalami rasa bahang semasa membuang air besar dan kecil kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa selama dua kali sehari selama tiga hari.
Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang dengan itu tidak menganggu ketahanan badan.
Dr Palaniappan berkata kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian marathon perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.
Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tidak berhenti-henti tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.
Dr Palaniappan mempunyai laman blog dihttp://ecohealingsystem.blogspot.com/ yang membincangkan terapi itu secara mendalam.-- BERNAMA

Dipetik dan diubahsuai daripada Bernama.

Oleh: Darma

Tuesday 4 August 2009

Bicara Kokurikulum SMK Dangi


Of the 44.8% hip fracture occurrences in Malaysia,
almost half are Chinese women aged 60 and above!
(1997 Asian Osteoporosis Survey)

How to overcome this problem?

Balanced diet and regular exercise since young.

Posted by:
Darma