Selamat bertemu kembali dalam ruangan Bicara KK selepas bercuti selama 10 hari sempena Hari Raya Aidil Fitri. Ramai dalam kalangan kita yang ke hulu-hilir menghadiri rumah terbuka anjuran pelbagai pihak sama ada kerajaan ataupun individu. Tidak kurang juga yang tidak dapat mengelak daripada makan dan minum hanya kerana ' nanti dikata tidak sopan'. Sekali-sekala terlebih makan sedikit tidak menimbulkan masalah dengan syarat tidak dijadikan amalan harian. Kita juga harus mencari masa untuk terus bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari, dan kalau boleh bersama - sama dengan ahli keluarga.
Soalan : Memandangkan tenaga diperlukan untuk kita melibatkan diri dalam aktiviti senaman, maka bilakah masa yang sesuai untuk kita makan?
Jawapan : Sekurang-kurangnya 1 jam sebelum memulakan senaman. Saiz makanan pula tidak melebihi segenggam. Amaun ini sudah memadai untuk membekalkan tenaga yang cukup untuk kita bersenam. Sekiranya amaun yang kita makan itu lebih, maka akan menyebabkan kita sakit perut.
Jadi, kalau kita bercadang untuk memulakan senaman pada jam pukul 3 petang, maka kita haruslah berfikir tentang aspek makan pada jam pukul 2 petang.
Jumpa lagi dalam Bicara KK akan datang.
No comments:
Post a Comment