KOKURIKULUM

VISI KOKURIKULUM

SMK DANGI Menjadi Sekolah Berkualiti Di daerah Kuala Pilah Menjelang Tahun 2012.

MISI KOKURIKULUM

Kami warga SMK DANGI akan memastikan kecemerlangan kokurikulum dengan penglibatan aktif pelajar dan menjuarai pertandingan kokurikulum melalui pengurusan dan pentadbiran yang efisien dengan kerjasama komuniti setempat.

Sunday 9 August 2009

BICARA KOKURIKULUM SMK DANGI – 10/8/2009

Kadar Keasidan, daya tahan tubuh dan Influenza A(H1N1)

Bekas Pensyarah Unversiti Malaya, Dr. Palaniappan memberitahu Bernama kajianya selama sepanjang 33 tahun mendapati bahawa kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A(H1N1).
Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu adalah perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid di dalam badan.Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.Sebagai contoh, beliau berkata mereka yang berasa demam dan mengalami rasa bahang semasa membuang air besar dan kecil kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa selama dua kali sehari selama tiga hari.
Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang dengan itu tidak menganggu ketahanan badan.
Dr Palaniappan berkata kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian marathon perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.
Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tidak berhenti-henti tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.
Dr Palaniappan mempunyai laman blog dihttp://ecohealingsystem.blogspot.com/ yang membincangkan terapi itu secara mendalam.-- BERNAMA

Dipetik dan diubahsuai daripada Bernama.

Oleh: Darma

No comments:

Post a Comment