KOKURIKULUM

VISI KOKURIKULUM

SMK DANGI Menjadi Sekolah Berkualiti Di daerah Kuala Pilah Menjelang Tahun 2012.

MISI KOKURIKULUM

Kami warga SMK DANGI akan memastikan kecemerlangan kokurikulum dengan penglibatan aktif pelajar dan menjuarai pertandingan kokurikulum melalui pengurusan dan pentadbiran yang efisien dengan kerjasama komuniti setempat.

Thursday, 30 July 2009

PROGRAM 1MALAYSIA-BANDARAYAKU KUALA LUMPUR

3 orang murid SMK Dangi akan menyertai Program 1Malaysia-Bandarayaku Kuala Lumpur mulai 2/8/09 hingga 7/8/09. Seorang guru SMK Dangi juga turut serta dalam program ini sebagai guru pengiring.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid di luar bandar untuk menikmati keindahan dan keunikan kotaraya Kuala Lumpur.

Semoga penyertaan mereka dalam program tersebut akan mengukuhkan lagi keyakinan mereka terhadap diri dan negara-1MALAYSIA.

Oleh:

Darmalinggam Manickam
Pen. Kanan Kokurikulum
SMK Dangi, 73100 Johol.

Tuesday, 28 July 2009

KURSUS TATACARA PENGURUSAN MESYUARAT DAN MINIT KOPERASI SEKOLAH

Seorang murid SMK Dangi, Chew Yee Ling, Tingkatan 4, menghadiri Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat Dan Minit Koperasi pada 29/7/2009 di SMK Bandar Baru Serting.

Kursus ini dianjurkan oleh Gabungan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan Bhd.(GKSNSB) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad(ANGKASA).

Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada Ahli Lembaga Koperasi(Pelajar) tentang peranan yang boleh dimainkan oleh mereka semasa Mesyuarat Agung berlangsung.

Dilaporkan oleh:

Darmalinggam Manickam
Pen. Kanan Kokurikulum
SMK Dangi, 73100 Johol.

Monday, 27 July 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM - 29/7/2009 (Rabu)

Aktiviti Kokurikulum untuk minggu ini diteruskan pada 29/7/2009 (Rabu) mulai 2.30 ptg. Bahagian pertama melibatkan aktiviti berkaitan dengan Unit Uniform. Bahagian kedua diisi dengan aktiviti permainan.

AKTIVITI UNIFORM:
Bidang : Ketahanan Diri Dan Kebudayaan

Matlamat : Melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal,mental,
mempunyai daya tahan, berpotensi dan berketerampilan.

Objektif : a. Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental.
b. Memupuk bakat dan potensi yang sedia ada dan mampu
memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
c. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu
menyelesaikannya secara bijaksana.

Fokus : Kompas (Tahap 2)

Aktiviti : 1. Menganal arah mata angin
2. Pengenalan Kompas
3. Praktikal mencari 'bearing'
4. Aktiviti Orienteering dan Pandu Arah.

Disediakan oleh:

Darmalinggam Manickam
Pen.Kanan Kokurikulum
SMK Dangi, Johol N.S.

Tuesday, 21 July 2009

AKTIVITI KK SMK DANGI-22/7/2009

Aktiviti Kokurikulum SMK Dangi akan diteruskan pada hari ini mulai pukul 2.30 ptg. Bahagian pertama aktiviti tersebut adalah berkaitan dengan aktiviti Unit Uniform. Bahagian kedua adalah berkaitan aktiviti Persatuan/Kelab. Untuk bahagian kedua aktiviti KK, Ceramah berkenaan dengan Gerhana Matahari dan hal-hal berkaitan dengannya oleh guru-guru bidang Sains akan dilaksanakan . Seterusnya Kuiz berkenaan dengan gerhana matahari turut akan diadakan di Dewan Anjung Seri SMK Dangi.

CUBAAN MENCERAP GERHANA MATAHARI & SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

22 Julai 2009, 8.30 pagi, Solat Sunat Gerhana Matahari telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persauan Agama Islam. Semua murid dan guru yang beragama Islam mengambil bahagian di Surau SMK Dangi.
Namun, cubaan mencerap gerhana matahari separa yang sepatutnya dapat dilihat tidak dapat dilaksanakan kerana cuaca mendung. Para murid kecewa kerana hajat mereka tidak kesampaian walaupun sudah bersedia dengan peralatan untu mencerapnya seperti besen berisi air, negatif filem dan sebagainya.