KOKURIKULUM

VISI KOKURIKULUM

SMK DANGI Menjadi Sekolah Berkualiti Di daerah Kuala Pilah Menjelang Tahun 2012.

MISI KOKURIKULUM

Kami warga SMK DANGI akan memastikan kecemerlangan kokurikulum dengan penglibatan aktif pelajar dan menjuarai pertandingan kokurikulum melalui pengurusan dan pentadbiran yang efisien dengan kerjasama komuniti setempat.

Monday 27 July 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM - 29/7/2009 (Rabu)

Aktiviti Kokurikulum untuk minggu ini diteruskan pada 29/7/2009 (Rabu) mulai 2.30 ptg. Bahagian pertama melibatkan aktiviti berkaitan dengan Unit Uniform. Bahagian kedua diisi dengan aktiviti permainan.

AKTIVITI UNIFORM:
Bidang : Ketahanan Diri Dan Kebudayaan

Matlamat : Melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal,mental,
mempunyai daya tahan, berpotensi dan berketerampilan.

Objektif : a. Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental.
b. Memupuk bakat dan potensi yang sedia ada dan mampu
memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
c. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu
menyelesaikannya secara bijaksana.

Fokus : Kompas (Tahap 2)

Aktiviti : 1. Menganal arah mata angin
2. Pengenalan Kompas
3. Praktikal mencari 'bearing'
4. Aktiviti Orienteering dan Pandu Arah.

Disediakan oleh:

Darmalinggam Manickam
Pen.Kanan Kokurikulum
SMK Dangi, Johol N.S.

No comments:

Post a Comment